Tuesday, 1 November 2011

Kepentingan sistem kardiovaskular dan sistem endokrin kepada seorang pelari jarak jauh. Bagaimana kedua-dua sistem ini dapat membantu meningkatkan prestasi atlet ini.

Sistem kardiovaskular dan sistem endokrin memainkan peranan penting untuk mengekal dan meningkatkan pretasi  seorang pelari jarak jauh seperti acara marathon dan merentas desa.
Dalam acara lari jarak jauh  atlet menggunakan tenaga aerobik. Sistem kardiovaskular menghantar dan membekal keperluan oksigen kepada otot yang bekerja. Atlet yang berdaya tahan tinggi seperti pelari jarak jauh menggunakan sistem tenaga aerobik. Ini bermakna  pembekalan  oksigen  adalah faktor penting dalam proses pengoksidanan phospate. Oksigen dibekalkan kepada otot melalui darah oleh yang demikian jumlah darah kaya oksigen dan jantung mempunyai kesan terus kepada atlet acara jarak jauh.
Peningkatan keluaran kardiak akan membawa kepada peningkatan  kadar oksigen yang tinggi kepada otot.  Seterusnya meningkatkan kebolehan atlet dan keupayaan atlet untuk melalukan aktiviti berdaya tahan tinggi seperti pelari jarakjauh tadi.
Sistem endokrin pula mengintegrasikan dan memastikan sistem physiologikal yang membolehkan badan berfungsi dengan optimum. Sistem ini dapat mengawal dan menyelarasklan fungsi tubuh melalui hormon yang dirembaskan ke dalam aliran darah. Pelari jarak jauh melakukan aktiviti dalam jangkamasa yang lama dimana penggunaan metabolisma lemak untuk penghasilan tenaga berlaku.
Sistem endokrin  melalui pengawalan hormon akan membantu dalam proses pemecahan asid lemak kepada glukos untuk digunakan semasa aktiviti yang berpanjangan tersebut. Tambahan lagi  sistem endokrin  juga akan memastikan keseimbangan cecair dana elektolit dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih baik.
Persoalannya bagaimanakan kedua-dua sistem ini dapat saling membantu untuk meningkatkan prestasi atlet tersebut.
Untuk mencapai tujuan tersebut, jantung perlu dilatih agar ototnya dapat berfungsi dalam jangka masa yang lama dan mengekalkan dan meningkatkan prestasi atlet jarak jauh. Dengan latihan yang bersistematik dan berterusan akan menyebabkan peningkatan pengeluaran jantung sedenyutan (isi padu stroke) dan pengeluaran jantung seminit (output kardiak) dan  akan meningkatan bekalan darah beroksigen ke otot-otot  bagi membolehkan otot berfungsi dalam jangka masa yang lama.
Rajah : Isipadu stroke bagi individu terlatih dan tidak terlatih semasa latihan
Jantung atlet yang terlatih atau yang sentiasa melakukan latihan boleh mengepam lebih darah bagi setiap denyutan. Selain itu, ditambah lagi keupayaan mengekstrak lebih oksigen dari darah ke dalam tisu. Keadaan ini disebabkan saiz jantung akan bertambah selepas melakukan latihan. Pertambahan saiz jantung adalah disebabkan penebalan otot-otot jantung, di mana ia mempunyai kuasa pengecutan yang lebih kuat dan isipadu darah yang lebih besar dengan setiap denyutan. Sehubungan dengan itu jantung dapat menjalankan fungsi-fungsinya dengan lebih cekap dan lancar.



Rajah : Hubungan antara output kardiak (Stroke) dan denyutan jantung sebagai fungsi Uptake Oxygen)
Selain itu juga berlaku hipertrofi kardiak hasil daripada penebalan dinding dan pembesaran kaviti ventrikel jantung. Hasilnya akan berlaku peningkatan kekuatan pada jantung untuk mengepam darah beroksigen dengan lebih banyak ke otot-otot. Aspek ini membantu dalam penghasilan tenaga untuk dikekalkan kepada otot-otot dan membolehkan atlet tersebut bertahan  dengan lebih lama.
Sistem endokrin pula membantu yang mengawal hormon dalam proses pemecahan asid lemak kepada glukos dan merembeskan glukos tersebut ke dalam darah dan dihantar ke otot-otot untuk atlek meneruskan larian selepas menggunakan tenaga secara anaerobik. Tambahan lagi  sistem endokrin  juga akan memastikan keseimbangan cecair dan elektolit dalam badan semasa aktiviti untuk membantu atlet melakukan aktiviti dalam keadaan yang lebih baik. Jelaslah bahawa  sistem kardiovaskular dan sistem endokrin dapat  membantu meningkatkan prestasi pelari jarak jauh
.
1.c  Semasa Munir melakukan larian pengeluaran kardiak adalah sejumlah 25 liter seminit. Kira volum strok sekiranya kadar denyutan jantung adalah sebanyak 160 denyutan seminit.
Jawapan
Keluaran kardiak (CO) = Kadar dengutan Jantung dalam satu minit (HR) X Isipadu
Strok (SV)
CO =  HR   x  SV
25L (25000ml) = 160 bpm X  SV
SV =  25000ml  /160
156.25ml

No comments:

Post a Comment