Friday 4 November 2011

Cara Melajukan Boot Komputer Anda Dengan Mudah


Berapa lama komputer anda mengambil masa untuk boot? Adakah komputer anda mengambil masa lebih 1 minit untuk digidupkan sahaja?
Jika anda pengguna Windows XP, Vista dan 7, saya pasti anda tidak mengambil berat mengenai ini. Ada sesetengah pengguna yang hanya membiarkan sahaja komputer mereka lambat tanpa sebarang tindakan untuk mengoptimasikan masa boot.
Selepas saya berjalan-jalan di blog JomPHP, post mereka amat membantu sekali bagi mereka yang ingin melajukan proses boot komputer. Ianya cukup mudah sekali kerana kerja anda akan dibantu oleh software lain yang PERCUMA.
Software ini dinamakan Soluto Anti Frustration. Bagaimana soluto berfungsi? anda boleh lihat video ini :
Cara menggunakannya cukup mudah, anda boleh follow step ini :
1. Download Soluto disini
2. Install soluto software dan tunggu sehingga selesai.
3. Run soluto dan kemudian soluto akan analisis dan berikan keputusan daripada analisis mereka kepada anda. (Proses ini memerlukan anda restart komputer anda selepas install soluto dan anda perlu mempunyai talian internet kerana analisis soluto perlu dihantar ke server mereka.)

Saya rasa anda semua tidak akan menghadapai masalah kerana interface software soluto ini amat mudah dan anda pasti faham. Disini saya terangkan sedikit apa yang perlu anda lakukan selepas mendapat hasil analisis daripada soluto.
Selepas soluto memberikan hasil analisis, anda bolehlah memilih untuk mengikut saranan daripada mereka sama ada mahu Pause (memberhentikan servis semasa boot dan start secara manual) atau Delay (memberhentikan servis daripada boot dan run ketika komputer idle) ataupun In Boot (run aplikasi tersebut didalam proses boot komputer).
Anda pilihlah yang terbaik untuk kegunaan anda sendiri. Sangat mudah untuk digunakan dan pasti selepas ini proses boot anda semakin cepat daripada asal.
Bagaimana anda rasa? Sangat membantu? Kongsilah dengan rakan lain.

No comments:

Post a Comment