Monday, 31 October 2011

Kelas Makanan

 Kelas Makanan
  •  Karbohidrat                          
  •  Protein                                   
  •  Lemak
  •  Air
  •  Vitamin
  •  Garam Mineral           
  •  Serabut dan Air
 Gizi Seimbang
Gizi tidak seimbang
Karbohidrat
  • Karbohidrat ialah sebatian organik besar terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, dan oksigen.
  • Fungsi utama karbohidrat dalam organisma ialah membekalkan tenaga.
  • Tiga kumpulan karbohidrat ialah monosakarida, disakarida,dan polisakarida.
  • Monosakarida manis dan larut dalam air. Ia terdiri daripada glukosa, fruktosa, dan galaktosa.
  • Disakarida terdiri daripada maltosa, sukrosa, dan laktosa. Ia manis dan larut dalam air.
  • Polisakarida tidak larut dalam air kecuali glikogen yang larut di dalam air. ia berasa manis.
  • Contoh polisakarida ialah kanji, selulosa, dan glikogen.
                                           
Protein
  • Protein terbina daripada unsur-unsur karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen.
  • Contoh protein ialah susu, kacang tanah, ikan, daging, dan keju.
  • Monomer bagi protein ialah asid amino.
  • Dua kelas asid amino ialah asid amino perlu dan asid amino tidak perlu.
  • Asid amino perlu ialah asid amino yang tidak dapat disintesiskan dalam sel, contohnya leusina, dan lisina.
  • Asid amino tidak perlu ialah asid amino yang boleh disintesiskan dalam sel. Ia tidak perlu diperolehi dari gizi makanan. Contohnya ialah alanina.
  • Dua kelas protein ialah protein kelas pertama dan protein kelas kedua.
  • Protein kelas pertama ialah protein yang mengandungi semua 10 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan. Ia terdapat pada daging, ikan, susu, dan telur.
  • Protein kelas kedua pula merupakan protein yang tidak mengandungi kesemua asid amino yang perlu. Ia terdapat dalam protein tumbuhan seperti sayuran, kekacang, dan buah-buahan.

Lipid
  • Lemak dan minyak berasal daripada haiwan dan tumbuhan.
  • Pada suhu bilik, lemak berada dalam keadaan pepejal manakala lemak pula berada dalam keadaan cecair.
  • Lemak dan minyak berfungsi sebagai tenaga simpanan, digunakan sebagai penebat haba, dan perlindungan.





Vitamin 
Vitamin
Sumber
Fungsi
Kesan kekurangan
A (retinol)
susu, kuning telur, mentega, minyak, hati, ikan, lobak merah, bayam,dan sayuran
  • Mengekalkan fungsi mata
  • Memelihara kesihatan kulit
  • Membina ketahanan terhadap penyakit
  • Rabun malam
  • Xeroftalmia
  • Kulit kering, bersisik
Tiamin
Yis, bijirin, daging, hati
  • Fungsi normal saraf
  • Beri-beri
Riboflavin
Yis, bijirin, keju, susu, sayuran hijau
  • Mengawal pertumbuhan dan mengekalkan kesihatan kulit
  • Kulit merekah di mulut, hidung, dan telinga
  • Sakit mata, lidah membengkak
Niasin
Yis, bijirin, hati, kopi
  • Memelihara kesihatan sistem saraf
  • Pelagra
Asid pantotenik
Kuning telur, hati, ikan, sayuran hijau
  • Pembentukan antibodi
  • Kelesuan
  • Kekejangan otot
Piridoksin
Daging, ikan, bijian, telur, pisang, dan kentang.
  • Fungsi normal otak
  • Keimunan
  • Pertumbuhan terbantut
Kobalamin
Daging, ikan, tenusu
  • Pembentukan sel darah merah
  • Anemia
Asid folik
Cendawan, kuning telur, hati, sayuran hijau
  • Sintesis asid  nukleik
  • Anemia
H (Biotin)
Kuning telur, hati pisang
  • Berperanan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat
  • Rambut gugur
  • Kelesuan
C (Asid askorbik)
Betik, limau, oren, tomato, sayuran hijau
  • Memelihara kesihatan kulit
  • Skurvi
  • Anemia
D (Kalsiferol)
Telur, minyak ikan kod, mentega
  • Penyerapan kalsium dan fosforus dalam usus kecil
  • Riket

E (Tokoferol)
Sayuran hijau, minyak tumbuhan, kuning telur
  • Pembentukan sel darah merah
  • Sistem pembiakan
  • Mandul
  • Keguguran
K (Filokuinon)
Bayam, sayuran hijau
  • Pembekuan darah
  • Darah tidak membeku





Garam mineral    

Garam mineral
Fungsi
Kesan kekurangan
Kalsium
  • Kandungan utama tulang dan gigi
  • Pertumbuhan rangka terencat
Magnesium
  • Pembinaan tulang dan gigi
  • mengekalkan fungsi otot dan sistem saraf
  • Fungsi otot dan saraf terjejas
Ferum
  • Kesihatan kulit
  • Anemia
  • Kulit kering dan merekah
Natrium
  • Komponen penting plasma darah
  • kekejangan otot
Kalium
  • Memastikan pengecutan otot yang normal
  • Pemindahan impuls saraf
  • Fungsi normal sel terganggu
  • Menghalang pengecutan otot
Iodin
  • Terlibat dalam pertumbuhan dan perkembangan normal kanak-kanak
  • Beguk
  • Kretinisme
Sulfur
  • Membentuk komponen sesetengah asid amino

Fosforus
  • Pembentukan tulang dan gigi
  • Pembentukan tulang dan gigi tidak sempurna
  • Proses pemghasilan tenaga terhalang
Klorin
  • Memelihara tekanan osmosis yang normal dalam  bendalir sel
  • Membina ATP semasa proses respirasi sel
  • Kekejangan otot
Serabut dan air
  • Serabut terdiri daripada gentian selulosa dinding sel tumbuhan yang melalui salur pencernaan tetapi tidak dicernakan
  • Serabut membentuk bahan pejal untuk otot usus menolak semasa otot dinding usus mengecut dalam proses peristalsis.

Gizi seimbang
  • Gizi seimbang mengandungi lemak, karbohidrat, rotein, serabut, garam mineral, vitamin dan air mengikut kuantiti yang sesuai  bergantung kepada individu.
  • Faktor-faktor yang mempengaruhi gizi seimbang ialah jantina, umur, kesihatan, dan persekitaran, dan aktiviti harian setiap individu.

Gizi tidak seimbang
  • Gizi yang tidak seimbang menyebabkan malnutrisi berlaku, sama ada akibat kekurangan zat atau terlebih zat.
  • Pengambilan gizi tidak seimbang untuk satu jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, diabetes melitus, dan osteoporosis.
  • Terlalu banyak lemak dalam gizi menyebabkan aras kolesterol dalam darah meningkat,risiko barah  dan risiko mendapat penyakit jantung meningkat.
  • Makanan bertenaga tinggi yang terlalu banyak menyebabkan kegendutan yang akan menybabkan pelbagai penyakit.

                                                                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment