Friday 11 November 2011

Seni Silambam

Silambam merupakan salah satu seni mempertahankan diri dalam kalangan orang India. Ini juga menjadi satu tradisi dalam kalangan orang India. Silambam dipanggil Silambattam atau Chilambam dalam kalangan orang India yang merupakan seni bela diri Dravidian tradisi berasaskan pertempuran tongkat. Gaya ini dipercayai berasal 5000 tahun dahulu dari Bukit Kurinji yang kini dikenali Kerala, salah satu negeri di India. Penduduk tempatan menggunakan tongkat buluh bagi mempertahankan diri mereka dari haiwan buas.

Tidak dapat dinafikan bahawa silambam juga telah mendapat status sebagai salah satu sukan. Ini dapat dibuktikan apabila silambam juga dimasukkan sebagai suatu acara dalam Sukan Malaysia (SUKMA). Silambam telah dipertandingkan pada SUKMA X111, 2010 yang berlangsung di Melaka.

Sebenarnya, silambam sebahagian besarnya merujuk kepada tongkat yang digunakan untuk mempertahankan diri daripada musuh atau haiwan buas. Panjang tongkat ini biasanya sekitar 1.68 meter .Silambam bermakna pergerakkan tanpa senjata dan senjata seperti tongkat kayu, pedang, tombok dan sebagainya. Silambam juga diertikan sebagai bakat pertandingan, tindakan untuk menakutkan orang lain, tindakan bertaktik dan memusing tongkat kayu.

Silambam adalah sejenis seni mempertahankan diri yang ulung dan unggul bagi bangsa Tamil di seluruh dunia. Para pengkaji berpendapat bahawa Seni Silambam telah wujud sejak 5000 tahun dulu, iaitu sejak zaman pra-sejarah dan sebelum kedatangan kaum Aryan ke India. Justeru seni Silambam boleh dianggap sebagai seni mempertahankan diri yang tertua di dunia.

Seni Silambam merupakan sejenis seni yang terkandung dalam 64 jenis seni yang digariskan oleh masyarakat Tamil tradisional sebagai seni yang harus dipelajari untuk menjadi insan yang sempurna. Namun demikian seni Silambam ini tidaklah bersifat saintifik pada zaman silam. Peredaran masa telah memodenkan dan memantapkan seni ini sejajar dengan keadaan dan kepentingan zaman. Latihan-latihan dan teknik-teknik memusing tongkat Silambam dan sebagainya telah mengalami kejituan.

Semasa perkembangan agama Buddha, seni mempertahankan diri ini telah dibawa ke China dan Jepun oleh sami-sami Buddha. Seni Silambam telah mengalami perkembangan pesat pada awal abad ke 16. Ia menjadi asas dan elemen yang penting bagi kekuatan fizikal di dalam latihan ketenteraan sebelum diajar seni pedang. Seni Silambam telah berkembang ke Asia Tenggara di antara 1000 hingga1500 tahun yang lalu. Perkembangan ini adalah hasil usaha raja-raja Tamil .

Pada akhir abad ke-14, pekerja-pekerja Tamil daripada India ke Malaya iaitu Malaysia , oleh penjajah Inggeris. Pekerja-pekerja ini telah membawa seni Silambam ini ke Malaya. Namun demikian, guru-guru yang telah mengajar seni ini dapat dikesan hanya sejak tahun 1920 sahaja. Semasa perang dunia ke-2, seni Silambam telah menjadi popular khasnya di Kuala Selangor, Kapar dan Klang.

Oleh kerana seni ini ialah seni yang dibawa masuk ke Malaya dari luar, maka ia tidak mendapat pengiktirafan dari segi undang-undang di bawah penjajahan barat. Justeru seni Silambam perlu diajar secara rahsia, di dalam hutan dan tempat-tempat yang tidak dilalui orang. Tetapi, pada tahun 1975 seni Silambam mendapat pengiktirafan daripada Parlimen Malaysia. Ini kerana Parlimen Malaysia telah menggubal akta pada tahun tersebut untuk menyusun semula dan mendaftarkan semua pertubuhan seni mempertahankan diri di negeri ini. Ketika itu Silambam belum ditangani oleh sebarang pertubuhan. Lantaran itu, atas dorongan Mahaguru S.Arumugam dan atas usaha gigih Datuk V.L. Kanthan, bekas presiden pemuda MIC, Persatuan Silambam Malaysia telah didaftarkan pada tahun 1976. Perlembagaan juga telah disediakan. Kini, persatuan ini mempunyai 250 cawangan dan 20,000 orang ahli di seluruh Malaysia.

Seperti sukan –sukan lain, Silambam juga mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu yang perlu diikuti oleh para pemain. Antaranya ialah, peserta hendaklah sentiasa bergerak dan menggerakan kayu secara bulatan selain daripada masa mengambil mata. Jika tidak berbuat demikian, peserta itu akan diberi amaran. Selepas 3 kali amaran diberi, mata akan ditolak.
Peserta dilarang sama sekali menyentuh pelawan dengan menggunakan sebelah tangan sahaja .Jika berbuat demikian, mata tidak akan diberi . Peserta yang bertanding hanya boleh menyentuh di lingkung sasaran yang dibenarkan sahaja. Jika kayu peserta itu terjatuh kerana tergelincir, maka peserta itu boleh mengambil kayu dan meneruskan pertandingan itu.

Silambam bukan sahaja merupakan sukan yang terbaik tetapi ia juga seni pertahanan diri yang baik seperti taekwando dan karate. Jadi, pihak lelaki boleh melibatkan diri dalam sukan ini.

No comments:

Post a Comment