Friday 11 November 2011

Sukan Drift

Drift merujuk kepada teknik pemanduan dan sukan permotoran dimana pemandu melakukan kawalan terhadap kenderaan dengan sengaja menyebabkan kenderaan hilang daya terhadap cengkaman (traction) pada bahagian tayar belakang ketika kereta meluncur dan ketika kereta membelok pada masa yang sama mengawal kelajuan kereta. Kereta akan meluncur apabila sudut gelincir tayar belakang lebih besar dari sudut gelincir tayar depan, dan pada masa yang sama tayar depan menghala kearah bertentangan dan pemandu menjadi orang tengah ketika mengawal kereta.

Sukan drift moden yang terdapat pada hari ini diasaskan oleh perlumbaan kereta terkenal All Japan Touring Car Championship 30 tahun yang lalu. Permulaannya pada seorang lagenda sukan motosikal bertukar bidang kepada sukan lumba kereta, Kunimitsu Takahashi adalah perintis dalam teknik sukan drift pada 1970an. Kemudiannya diikuti dengan Keiichi Tsuchiya yang dikenali sebagai Dorikin/Drift King. Pada tahun 1987, sebuah syarikat penyiaran Jepun telah bersetuju menghasilkan video dikenali sebagai Pluspy. Video tersebut menjadi inspirasi dan perintis lantas untuk menghasilkan ramai golongan yang berminat dalam bidang tersebut pada hari ini. Akhirnya, pada tahun 1988, tertubuhnya organisasi yang mengendalikan sukan ini yang dikenali hingga hari ini iaitu D1 Grand Prix

Sukan Drift hari ini diperkenalkan oleh Keiichi Tsuchiya. Beliau merupakan penggiat sukan Drift termasyur dunia dan kini beliau telah dilantik menjadi ketua pengadil bagi setiap pertandingan Drift yang diadakan diserata dunia. Sukan ini mula mendapat sambutan ramai pada tahun 2002 terutamanya di Jepun yang mendominasi keseluruhan sukan drift ini. Kini sukan Drift ini masih lagi diminati oleh orang ramai. Perkembangan sukan ini di Malaysia pula diperkenalkan oleh Juara Drift Dorrito iaitu Tengku Djan Ley. Pencapaian dan kejayaan beliau termasuklah pernah memenangi kejohanan di seluruh dunia termasuk Jepun.

Pertandingan Drift diadili dan diuji bedasarkan pada garisan, sudut, kelajuan dan faktor persembahan. Faktor persembahan pula terdiri daripada beberapa elemen antaranya kuantiti asap yang dihasilkan oleh tayar, jarak antara sesebuah kereta dengan dinding dan reaksi penonton. Kelajuan pula, semakin laju kereta ketika melakukan drift, semakin bagus. Secara ringkasnya, dalam sesuatu perlumbaan drift, markah akan dikira bukan sahaja pada pelumba yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. Hal ini kerana markah akan dinilai semula pada setiap selekoh yang diambil iaitu sama ada kenderaan mengikut laluan yang betul dengan pelumba tidak mengambil pelumba lain. Kiraan markah juga dikira semasa kereta melakukan darjah pusingan di selekoh. Berbeza dengan lumba kereta yang lain, drift secara khususnya kereta yang dipandu lurus akan dipotong markah.

Namun harus diberi perhatian bahawa sukan Drift dianggap melanggar undang-undang trafik di Malaysia jika melakukannya di jalan raya awam. Pemandu boleh didakwa kerana memandu secara melulu yang akan menyebabkan berlakunya kemalangan. Pelaku akan dikenakan hukuman penjara atau mata demerit lesen pemandu akan digantung. Oleh otu, semua pelumba adalah dinasihatkan supaya pelumba melakukan aktiviti Drift di litar yang disediakan khas. Langkah keselamatan yang perlu diambil dalam sukan Drift ialah memakai pakaian dan menggunakan sistem keselamatan yang terdapat pada kereta dengan betul.

Selain itu kereta yang digunakan bagi sukan Drift adalah jentera yang menggunakan pacuan tayar belakang, ringan, dan berkuasa tinggi. Sukan drift memerlukan modal yang tinggi untuk tayar dan brake pad. Pada masa yang sama juga kereta yang digunakan juga boleh dilengkapi dengan sistem brek anti kekunci atau Antilock Breaking System (ABS) yang berfungsi mengelakkan keempat-empat tayar kereta terkunci sekiranya kereta di break pada jalan yang berbeza keadaan permukaannya (licin dan basah). ABS juga boleh digambarkan umpama menekan dan melepaskan pedal brek 10 kali dalam masa sesaat dimana ianya tidak mampu dilakukan oleh kereta biasa. Teknik awal yang mesti dipelajari ialah Drift banyak menggunakan brek tangan, klac pula perlu ditekan dan dilepaskan tatkala kaki kanan kekal pada paras 5,000 revolusi per minit. Ini adalah teknik yang sukar kerana kereta yang menggunakan gear automatik akan dilepaskan pedal minyak bila sampai ke selekoh. Teknik yang lain dalam Drift ialah kaki kanan kekal ketika kaki kiri melepaskan klac.


Rujukan

http://www.zercustoms.com/news/Ford-Typhoon-Drifting-Car-2.php

http://www.tone.co.nz/technology-news-4900/drift-legends-v2-drifting-game-released-on-itunes

http://hubpages.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Drift_(sukan_motor)

No comments:

Post a Comment